Nawwal Husna's
12/12/2013 .Arwah Abdul Hamzie Aon .
Thursday, 2 January 2014 • 23:04 • 0 comments

Assalamualaikum wbt ,dah hampir sebulan dia pergi .Sungguh aku tak sangka dgn kuasa ALLAH dia meninggal pada usia muda ,Ni laa orang kata mati ni tak kira muda ka tua ka kaya ka miskin ka ,ia datang tanpa diduga bila-bila masa saja .Ya allah ,ampunkan lah dosa-dosa Abdul Hamzie Aon ya allah ,tempatkan lah dia dikalangan orang-orang yg beriman dan,beramal soleh .Amin .Setiap hari ,setiap malam aku teringat kat diaa ya allah ,aku tau Allah lebih sayangkan diaa .Aku rasa mcam baru kenal dia semalam jaa .Aku rindu semua tentang dia ,gurau dia ,merapu dia ,gila-gila dia dan manja diaa .Diaa selalu bt aku trsyum tiap2 malam .Kalau nyawa tu ada jual ,aku sanggup p beli bg kat diaa sebab aku takmau kehilangan org yg aku paling sayang .Aku rindu masa kita detik-detik perkenalan kita ,masa tu dia baru buat twitter dan dia follow aku ,kitaorang mention,mention dan mention .Takpernah rasa jemu kawan dgan arwah ,Selepas seminggu berkenalan ,baru aku tahu dia menghidap penyakit yg bahaya iaitu jantung berlubang .Aku selalu bg semangat kat diaa tapi sebelum spm dia sakit dan koma .Aku panik gilaa ,aku berdoa dan terus doa supaya diaa sedar dari koma ,kalau dia dok hospital sultanah bahiyah ,boleh p tgok diaa tapi dia dok hospital johor nuhh . Hanya mampu berdoa .Alhamdulillah ,selepas beberapa hari dia kembali sembuh semulaa .Lepas abis spm dia demam terok sangat sampai kena stay kat wad .Aku khuatir kalau jadi apa-apa kat diaa .beberapa hari kemudian atilia dm aku ,dia kata jie operation 11/12/2013 .Pada waktu aku berdoa supaya operation tu berjalan lancar .Pada malam 10/12/2013 aku on ask.fm .aku stalk ask.fm arwah ,rupanya dia tgah online .
Ini merupakan pesanan yg terakhir untuk kuu .Menangis aku baca amanat arwah ,aku betoi2 tak kuat kalau kehilangan dia utk selama-lamanyaa .Dia insan yg aku sayang sampai sekarang ,hati aku cuma ada dia dan diaa .Selapas operation atilia bgtau dia koma lebih kurang 3 jam tapi alhamdulilah dia sedar pada waktu malam tapi keadaan dia terlalu lemah sangat .Aku bersyukur sangat dia dah sedar pada waktu tuu .Pada 12/12/2013 petang aku sedang packing barang sebab nak bertolak ke melaka tiba-tiba lia dm aku kata yg jie dah takda dia dah meninggal dunia pada petang tuu masa tu cuma allah ja tau perasaan aku ,bila baca dm tu macam nak pengsan jaa sebab org yg aku sayang dah meninggal ,Masa dalam kereta aku menangis jaa sampai tertidur .Selepas ni tiada lagi merapu dia ,manja dia ,gurau diaa ,gila-gila diaa .Semua tinggal kenangan .Aku tak kan pernah lupakan diaa .
bila aku rindu dekat arwah aku akan sedekahkan al fatihah dan stalk twitter diaa ,dan ask diaa .


p/s :Semasa aku menulis entry ini aku menangis sambil menaip ,ya allah ,hanya engkau saja tahu betapa rindunya hambamu ini kepada insan yg bernama abdul hamzie aon .Semoga dia di tempatkan dikalangan orang2 yg berimandan beramal soleh .Aminn :'(



Welcome to my blog .Nawwal Husna .Onesix .SMK Seri Ampang .Kedah .SPM Candidate 2014 . bold italic underline strike

Diary Owner Blogger Stuff


Put your cbox code here ! :)


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: YOUR NAME